Luka atau Ulcer pada tapak kaki pesakit diabetes sememangnya lambat sembuh. Ini disebabkan oleh tekanan pada bahagian tersebut terutama sewaktu pesakit berjalan dan melakukan aktiviti harian. Luka kronik (Chronic ulcers) boleh berlarutan sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya. Komplikasi luka diabetik boleh menyebabkan amputasi. Pesakit akan kehilangan anggota tubuh mereka yang paling berharga, iaitu kaki.
1. Bagaimana alatan ortosis dapat menyelamat dan membantu di dalam proses penyembuhan luka diabetik?
Ramai di kalangan pakar berpendapat, langkah paling utama di dalam rawatan luka tekanan termasuk luka diabetik adalah dengan kaedah nyah-bebanan (Off-loading)
Alatan ortosis yang direka khas dapat menghindar tekanan pada bahagian luka. Ini akan membantu proses rawatan dan penyembuhan. Pada masa yang sama, alat ortosis ini membolehkan pesakit berjalan dan melakukan aktiviti harian dengan sebaik mungkin.

Pelapik tapak kaki atau diabetic insoles merupakan alatan yang ringkas dan mudah. Alat yang diletakkan didalam kasut ini mengurangkan tekanan melalui lubang atau lekukan yang dibuat di tempat luka tersebut. Namun, bagi kebanyakan kes terutama luka yang lambat sembuh dan bersaiz besar, didapati diabetic insoles ini tidak berkesan. Oleh itu alatan ortosis yang lebih canggih diperlukan.
Di Unit Anggota Tiruan, PKKN Sungai Buloh telah dicipta dua jenis Solid Ankle Foot Orthosis (SAFO) dan Cast Walkers yang diperbuat daripada bahan fibreglass
casting tape :
casting tape :
1. PKKN Half SAFO
2. PKKN Full SAFO
3. PKKN Cast Walkers
PKKN Half SAFO adalah ortosis yang dicipta bagi luka diabetik pada bahagian depan kaki (forefoot). Manakala PKKN Full SAFO dan Cast Walkers pula digunakan bagi kes luka pada bahagian tumit, tapak kaki dan bagi kes Charcot foot. Tekanan pada kawasan luka dikurangkan melalui kaedah total-contact casting (TTC). Melalui kaedah ini tekanan diagih ke seluruh bahagian betis dan bahagian bawah tapak kaki. Penggunaan PKKN SAFO mampu mengurangkan bebanan sehingga 22 peratus.
2. Bolehkah SAFO dan Cast-Walkers menggantikan penggunaan plaster TCC?
Total-contact cast (TCC) adalah kaedah unggul yang digunakan bagi merawat luka kaki pesakit diabetik. Kaedah ini menggunakan plaster of paris (POP) yangmana dipasang pada kaki pesakit secara berkala. Acuan plaster ini akan ditanggal dan dibuang sewaktu mencuci luka. Acuan plaster yang baru kemudiannya pasang semula. Proses ini diulang setiap minggu sehingga luka tersebut sembuh sepenuhnya.
Diantara masalah yang dihadapi adalah proses pembuatan TCC mengambil masa yang lama, kekurangan tenaga kerja, kerosakan acuan plaster, berat, terlalu besar (bulky) dan kelembapan dalaman akibat peluh dan luka. Kelembapan akan melambatkan proses penyembuhan, menyebabkan bau busuk dan kegatalan pada kulit kaki pesakit.TCC juga tidak sesuai bagi luka yang ada jangkitan kuman dan pengaliran darah ke kaki yang lemah (Ischaemia). Pemakaian TCC juga boleh menyebabkan pesakit menjadi kurang aktif. Pesakit selalunya enggan meneruskan rawatan bagi tempoh yang lama.
PKKN SAFO dan PKKN Cast Walkers adalah alatan yang dicipta bagi menggantikan penggunaan Plaster TCC. Kedua-dua alatan ini adalah jenis boleh tanggal (removable). PKKN Cast Walkers mampu mengurangkan tekanan sehingga 92 peratus. Kelebihan utama alatan jenis ini adalah ianya boleh dibuka bagi pemeriksaan luka dari masa ke semasa.
Fungsi SAFO dan Cast Walkers:
- Mengurangkan bebanan (Offloading) pada luka
- Mengurangkan geseran kulit dan ricihan (shear injury)
- Mengurangkan kelembapan dalaman
3. Pelapik tapak kaki Hidrostatik (Hydrostatic insoles)
Antara rekabentuk terbaru adalah sejenis pelapik tapak kaki yang dikenali sebagai Hydrostatic insoles (Hydrostatic plantar interface). Pada awalnya ia dicipta bagi merawat kesakitan pada tumit kaki - Plantar fasciitis & Spurs pain.
Hydrostatic insoles menggunakan 'Prinsip Pascal' didalam proses pembuatannya. Kaedah tekanan air ini adalah strategi rawatan luka diabetik dan pencegahan kejadian luka baru yang diperkenalkan pada setiap pelapik tapak kaki PKKN SAFO dan PKKN Cast-Walkers. Kajian awal mendapati Hydrostatic insoles ini lebih baik dari TTC insoles yang digunakan sebelum ini. Pengagihan bebanan menjadi lebih sekata tanpa wujudnya tekanan puncak yang ketara.
4 Pematuhan Sangat Penting!

- Mengawal dan menstabilkan pergerakan
(Restrict motion at the foot and ankle)
- Penjajaran dan pembetulan kecacatan
- Mengurangkan kesakitan, bengkak dan keradangan
- Menggalakkan proses penyembuhan luka
(Restrict motion at the foot and ankle)
- Penjajaran dan pembetulan kecacatan
- Mengurangkan kesakitan, bengkak dan keradangan
- Menggalakkan proses penyembuhan luka
- Menyokong berat badan dan mengagihkan daya tekanan
- Membantu pesakit berjalan dan melakukan aktiviti harian
3. Pelapik tapak kaki Hidrostatik (Hydrostatic insoles)
Antara rekabentuk terbaru adalah sejenis pelapik tapak kaki yang dikenali sebagai Hydrostatic insoles (Hydrostatic plantar interface). Pada awalnya ia dicipta bagi merawat kesakitan pada tumit kaki - Plantar fasciitis & Spurs pain.
Hydrostatic insoles menggunakan 'Prinsip Pascal' didalam proses pembuatannya. Kaedah tekanan air ini adalah strategi rawatan luka diabetik dan pencegahan kejadian luka baru yang diperkenalkan pada setiap pelapik tapak kaki PKKN SAFO dan PKKN Cast-Walkers. Kajian awal mendapati Hydrostatic insoles ini lebih baik dari TTC insoles yang digunakan sebelum ini. Pengagihan bebanan menjadi lebih sekata tanpa wujudnya tekanan puncak yang ketara.
4 Pematuhan Sangat Penting!
Mengikut kajian, ramai pesakit diabetes memakai alatan ortosis hanya 4.8 jam sahaja dalam sehari. Pesakit menggunakan alatan ini sewaktu berjalan sahaja.
Untuk mendapat faedah dan kesan rawatan yang maksima, pesakit perlu memakai alatan ini sepenuh masa. Alatan hanya perlu dibuka sewaktu pemeriksaan dan mencuci luka sahaja. Sekiranya prosedur ini diikuti oleh pesakit, kadar kejayaan penyembuhan luka sepenuhnya akan dapat dicapai. Oleh itu patuhilah arahan penggunaan ortosis yang diberikan kepada anda.
5. Kebaikan menggunakan bahan - Fibreglass Casting Tape
5. Kebaikan menggunakan bahan - Fibreglass Casting Tape
Rhena Cast Fibreglass Casting Tape
- Kuat dan ringan
- Mudah dibentuk dan digunakan
- Pengudaraan dalaman yang baik
- Tahan lama dan kalis air
- Daya lekatan yang kuat mengurangkan kerja pemasangan
Gambar 1 : PKKN Half SAFO - Jenis ortosis ini digunakan bagi mengenyah tekanan pada luka di bahagian hadapan Forefoot. (Cth, pada 3rd metatarsal joints)
Gambar 2 : PKKN Full SAFO - Jenis ortosis ini digunakan bagi luka diabetik di bahagian tengah dan tepi Forefoot ( Cth, pada 1st, 3rd dan 5th metatarsal joints)
Gambar 3 : PKKN Cast Walkers - Jenis ortosis ini berfungsi
mengenyah tekanan dan mengagihkan bebanan kepada seluruh bahagian betis dan tapak kaki. Digunakan bagi kes luka diabetik dan Charcot foot sama seperti Total-contact cast (TTC).
Gambar 4 (Video) : Seorang pesakit diabetik sedang menggunakan alatan PKKN Full SAFO di Unit Anggota Tiruan, Pusat Kawalan Kusta Negara, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.
6. Kesimpulan
Tekanan dan geseran adalah punca utama mengapa luka pada tapak kaki pesakit diabetes lambat sembuh. Kaedah nyah-tekanan dan agihan bebanan menggalakkan proses penyembuhan dan menghalang kejadian luka baru. Alatan ortosis seperti PKKN SAFO dan PKKN Cast Walkers adalah ciptaan yang inovatif, praktikal, murah dan berkesan didalam rawatan luka diabetik. Pendekatan yang menyeluruh ini bukan sahaja bermanfaat kepada ramai pesakit malah dapat membantu mereka hidup berdikari serta bebas melakukan aktiviti harian semasa masih didalam proses rawatan.
RUJUKAN :
1. Offloading strategies for the diabetic foot
www.woundsinternational.com
2. Orthotic Management of Diabetic Neuropathic Arthropathy
- American Academy of Orthotists & Prosthetists
3. Diabetes and Amputation
www.diabetes.co.uk
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-dm4Jzv02E6OYTObTBfQUNcZacIa2CUh_GcK6BsmFFFM05j2u52fHuRbn2yaaSZlkrk73fwa_OplGeL341NzRSk0QRw6iHgsbRCLviyRBOtTGXqN5iwkl0l7nTAYRJOOAnq2RZAcjrVGL/s1600/BeFunky_IMGP0864.jpg.jpg)
The author is a member of the International Association of Technicians in Orthotics
and Prosthetics (IATOP), since 1982
Hashimchot@yahoo.com
Good job En. Hashim. Ramai pesakit yang telah mendapat manfaat dari perkhidmatan En.Hashim di Unit Anggota Tiruan di PKKN.
ReplyDeleteDr. Fazah
Terima kasih Dr. Fazah atas kesudian berkongsi pendapat di ruangan ini. Pesakit dari Uitm dialu-alukan !
ReplyDeleteThis invention is very innovative! I The continuation of this work will surely benefits the medical world, especially to the diabetic patients.
ReplyDeleteThank you friends. This is the first of it's kind.. Hopefully it will be accepted and became a big success in near future.
ReplyDeleteVery impressive innovation! Cheaper alternative and very practical innovation. We must bring this idea up to a higher level to JKNS Innovation Carnival 2015 inshaa Allah. Great potential for scientific research presentation to aim for ISPRM 2016. Good Job!!
ReplyDeleteDr Akmal